Lee Hom - Heartbeat

Saturday, April 02, 2005

Hari April Bodoh...

Haha,

Sudah sekian lamanya saya tidak menulis blog ya. Harap maaf.
Sebenarnya, bulan April merupakan bulan ulangtahun saya. Ulangtahun untuk apa? Untuk menulis dalam BM loh. Tahun ini merupakan ulangtahun pertama saya. Masih ingat, tahun lalu, saya menghantar surat elektronik kepada beberapa kawan saya dan mereka terkejut apabila membaca isi kandungan surat itu. Dengan segera mereka menulis semula kepada saya menanyakan kesihatan saya sekarang. Haha, mereka bimbang yang saya ada sesuatu yang tidak betul namunnya...

Tetapi, memang sukar bagi saya menulis dalam BM sekarang disebabkan penggunaan BM bagi saya amat jarang, hampir kepada 0 peratus. Sudah sekian lamanya saya tidak lagi menulis mahupun bercakap dengan menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.
Saya masih keliru dengan singkatan "BM", adakah ia singkatan bagi "Bahasa Malaysia" ataupun "Bahasa Melayu"?

Apa yang telah berlaku kepada saya kebelakangan ini? Mengapa saya jarang menulis blog? Ini adalah disebabkan saya memang sibuk dengan kerja saya, malah malas untuk melayan ke halaman blogspot yang memang membebankan talian internet saya.

Dengan ini, apa yang harus saya tulis untuk kali ini? Kita baru saja memasuki bulan April, dan dua hari yang lalu merupakan hari "April fool". Tetapi, adakah "April fool" hanya disambut pada hari pertama bulan April? Ataupun kami boleh menyambutnya sehingga ke hari yang terakhir bulan April? Baiklah, adalah lebih baik untuk saya menghentikan perbincangan yang tidak bermakna ini sebelum pembaca tidur di depan skrin komputer... haha.

Seterusnya, saya ingin memberitahu kamu semua yang saya telah berpindah ke apartment lain kebelakangan ini. Sebelum ini, saya tinggal di apartment yang hanya mempunyai sebuah bilik dan satu dapur sahaja. Rumah di Jepun memang sempit. Tetapi, sekarang saya telah berpindah ke apartment yang lebih luas dan sempurna. Ya, ia merupakan rumah dengan 3 buah bilik, 1 ruang makan, dan 1 dapur. Di Jepun, mereka memanggilnya rumah "3DK" dimana, "3" bermakna 3 bilik, "D" bermakna dining room ataupun ruang makan, dan "K" bermakna kitchen ataupun dapur.
Jadi, rumah yang saya tinggal dahulu merupakan rumah jenis "1K".
Memang, rumah tersebut bukan hanya saya seorang sahaja yang tinggal. Masih ada seorang pekerja baru dari Malaysia (eeh? sudah hampir satu tahun dia berada di sini, masih baru?).

Baru sahaja, musim sejuk telah berlalu. Tetapi, musim sejuk ini merupakan musim yang terbaik bagi saya dalam tiga tahun ini. Ini kerana banyak salji turun untuk kali ini. Tetapi, saya masih tidak berpeluang untuk pergi meluncur ais?? walaupun terdapat banyak salji yang terkumpul di seluruh Jepun. Sungguh sayang sekali...

Baiklah, jangan ungkitkan perkara-perkara yang menyedihkan ini.
Sehingga saya menulis blog lagi... jumpa lagi!

No comments: